Sunday, September 30, 2012

steam bot


Hari Ahad yang terindah ini kugunakan dengan sebaik-baiknya bersama anak-anak yang tersayang. 
Menu Steamboat untuk makan malam bersama mereka..
Ingin mencuba masakan Steamboat,  Resipinya adalah seperti berikut:-

Bahan-bahan:

Bahan A
1 kg Sotong
1 kg Udang
1 kg Ayam

1 pkt fish ball
1 pkt fish kek
1 pkt bebola ketam
1 pkt cendawan
kobis bunga

Bahan B
Kuah Steamboat
1000ml Air
2 pkt Pes Tom Yam biasa (Adabi)
2 pkt Pes Tom Yam Putih (Adabi)
3 biji Bawang Besar (belah Empat)
10biji Cili Api
2 batang Serai
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-
1. Sediakan Induction Cooker diatas meja makan (sekiranya ada).
2. Masukkan Air kedalam periuk dan panaskan sebentar dan masukkan pes tom yam, bawang, serai, cili api,limau purut dan garam.  Biar sehingga menggelegak.
3.  Masukkan kesemua Bahan A sesuka rasa. Tunggu sehingga betul2 masak dan boleh lah dihidangkan di dalam mangkuk.
4.  Steamboat juga boleh dimakan bersama Mee hoon.

Sos Steamboat
4 sudu besar Cili kering diblender
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar cili sos
1 sudu kecil tauchu
1 sudu kecil sos tiram
2 ulas bawang putih
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Masukan cili kering  dan bawang putih yang telah diblender ke dalam periuk kecil. Masukkan tomato sos, cili sos, sos tiram, tauchu, gula dan garam, masakan sehingga menggelegak dan sos telah pun masak dan boleh lah dihidangkan.

Selamat Mencuba...

Rosemary Chicken Roasted

i cooked this specially for my first daughter
anakku itu sedang mengidam sebenarnye..
anak pertamanya...
my 1st daughter tu tak lalu nak makan nasi, biasalah orang mengandung memang macam tu... tetiba terlintas di fikiranku Ayam panggang untuk santapan anakandaku itu.  Resipinya seperti berikut:-

Bahan-bahannya:

BAHAN A
1 Ekor Ayam (biar gemuk dan gebu)
BAHAN B
3 tsp butter
3 tbs sos tiram
1 sudu kecil Lada Hitam dan sedikit lada sulah dan garam
1 sudu besar Madu
Sedikit Daun Rosemarry dan daun brasil

BAHAN C
4 ketul ubi kentang
1 cili benggala
4 biji bawang besar
Segenggam baby tomato

CARA MEMBUATNYA
1. Ayam dibersihkan. Keluarkan isi perutnya, dan cucuk-cucuk badanya dengang garfu.
2. Sapu atau lumur seluruh badan ayam dengan butter.
3. Kemudian lumur pula dengan sos tiram, daun rosemarry dan daun brasil  dan garam pada seluruh badan ayam termasuk dalam lubang perut ayam itu juga.
4. Perap sekurang-kurangnya 30 minit (tapi lebih sedap kalau sejam lebih).
5. Kemudian setengah bahan C dalam perut ayam dan sebahagian lagi disusun di keliling ayam.
6. Panaskan oven 190 darjah selsius. Sapu butter sekali lagi ke seluruh badan ayam dan sapukan madu dan dipipiskan dengan lada putih, lada hitam sesedap rasa.
Selamat Mencuba...